Skip to main content

KENALI SK JENGKA 4

KENALI SK FELDA JENGKA 4
SEJARAH SEKOLAH
SK FELDA Jengka 4 mula beroperasi pada 1 Februari 1972. Pada peringkat awal hanya terdapat 54 orang murid sahaja yang didaftar dan belajar di sekolah ini.Bangunan yang digunakan adalah bangunan sementara di empat buah rumah peneroka yang bernombor 104,183,185 dan 186. Tiga buah rumah lagi dijadikan rumah guru.
Guru Besar yang pertama ialah Encik Fadzil bin Ab. Rahman dan dibantu oleh dua orang guru sementara iaitu En. Zulkifli bin Yusof dan En. Hamzah bin Mohd Salleh. Pada tahun 1974,sebuah bangunan khas ( Blok A sekarang ) telah dibina dan menempatkan seramai 200 orang murid, 7 orang guru dan seorang pekerja. Bangunan tersebut telah didirikan di atas sebidang tanah seluas 19 ekar.
Pada tahun 1975, nama asal SK LKTP Jengka 4 telah ditukar nama kepada SK FELDA Jengka 4. Dua unit rumah guru telah didirikan bagi menempatkan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan. Guru-guru yang lain tinggal menyewa di rumah peneroka dan rumah kilang.
Pada tahun 1991, sekolah ini telah menempatkan seramai 537 orang murid, 28 orang guru,seorang guru besar dan 6 orang pekerja.Waktu persekolahan dilaksanakan dalam dua sesi. Pada tahun 1994,bilangan murid berlaku penurunan,hanya 486 orang sahaja yang belajar di SK FELDA Jengka 4.
Pada tahun 1999,bilangan murid seramai 319 orang dengan bilangan guru seramai 22 orang dan 6 orang kakitangan. Pada tahun 2001, sesi persekolahan hanya dijalankan pada sebelah pagi sahaja.Pada tahun 2005,kelas prasekolah telah dibuka dengan bilangan murid seramai 25 orang. Seorang guru prasekolah dan seorang pembantu pengurusan sekolah telah dilantik. Manakala pada tahun 2007, kelas j-QAF telah dibuka dan penambahan 3 orang guru lagi.


SENARAI NAMA GURU BESAR SENARAI NAMA GURU 
SK FELDA JENGKA 4
1972 - KINI

BIL NAMA GURU BESAR TAHUN BERKHIDMAT
1 ENCIK FADZIL BIN AB.RAHMAN
1972 -1975

2 ENCIK AWANG CHIK BIN BIDIN
1976 - 1983

3 ENCIK ISMAIL BIN BAEI
1984 - 1987

4 ENCIK ABU BAKAR B. HJ AHMAD P.J.K
1987 - 1996
5 PUAN ASIAH BT MUSTAFA
1996 - 1999

6TN HJ KAMARUZAMAN B. AB RAHMAN
1999 - 2003

7 PUAN HJH ZARIDA BT SALIM
2003 -2004

8 ENCIK HASSAN BIN RAMLI
2004 -2009

9 PUAN HJAH NOORIZAN BT HUSIN
2009 - 2011

10 ENCIK BAKARUDDIN B. MD ALI P.J.K
2011 - 2015

11 ENCIK ALIAS BIN HURI
2015 - 2016

12 ENCIK ISHAK BIN ISMAIL
2016 - 2018

13 TN HJ ZULKIFLI B. HJ A.RAHMAN
2018 - KINI


Comments

Popular posts from this blog

Majlis Pelancaran 4 Nilai Teras Pendidikan Sivik

Tarikh :  6 Januari 2020

Penerapan 4 Nilai Teras Sivik

  10.9.2020- Penerapan 4 Nilai Teras Sivik..(Hormat- Menghormati, Kasih-Sayang, Tanggungjawab dan Kegembiraan )..mula menampakkan hasil.Alhamdulillah.

WARGA SK FELDA JENGKA 4

  PN HAJJAH HARYATI BIN HANIF BM/ SEJ PN MAZNI BINTI DAUD BI PUAN HAJJAH SALMAH BIN MAT SAID PAI PUAN HAJJAH YUSNIZA BINTI YUSOF MATEMATIK TUAN HAJI MOHD RISAH BIN HUSAINI BAHASA ARAB PUAN SUHAIZA BINTI ASIRAN BI PUAN SHAMSIAH BINTI RAZALI MATEMATIK PUAN YUSNIDA BINTI MD ZIN SAINS PUAN SITI MARIAM BINTI IBRAHIM BM PUAN WAN NASARINA BINTI WAN ABDULLAH PEMULIHAN/KAUNSELING PUAN RASMONA BINTI ZAKARIA PAI PUAN NORAFZAN BINTI CHE KAR PRASEKOLAH PUAN SITI NUR ADIBA BINTI AZAMAN RBT/PJ ENCIK MUHAMMAD KHALID BIN MOHD NOOR PAI TUAN HAJI FAIZOL BIN CHE KOB PAI PUAN NOR AMIRA BINTI SULAIMAN PRASEKOLAH PUAN FAZLAINIE BINTI ROSLI RBT/BM PUAN SITI MARIAM BINTI MAT SAID PPM PUAN ZURAIDA BINTI ZAKARIA PT PUAN AFIRAH BINTI SALLEH PPM EN KHALID PO