KENALI SK FELDA JENGKA 4 SEJARAH SEKOLAH SK FELDA Jengka 4 mula beroperasi pada 1 Februari 1972. Pada peringkat awal hanya terdapat 54 orang murid sahaja yang didaftar dan belajar di sekolah ini.Bangunan yang digunakan adalah bangunan sementara di empat buah rumah peneroka yang bernombor 104,183,185 dan 186. Tiga buah rumah lagi dijadikan rumah guru. Guru Besar yang pertama ialah Encik Fadzil bin Ab. Rahman dan dibantu oleh dua orang guru sementara iaitu En. Zulkifli bin Yusof dan En. Hamzah bin Mohd Salleh. Pada tahun 1974,sebuah bangunan khas ( Blok A sekarang ) telah dibina dan menempatkan seramai 200 orang murid, 7 orang guru dan seorang pekerja. Bangunan tersebut telah didirikan di atas sebidang tanah seluas 19 ekar. Pada tahun 1975, nama asal SK LKTP Jengka 4 telah ditukar nama kepada SK FELDA Jengka 4. Dua unit rumah guru telah didirikan bagi menempatkan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan. Guru-guru yang lain tinggal menyewa di rumah peneroka dan rumah kilang. Pada tahun 1991, s...